tafaqquh fidden

11 JUNE UST MOHD LANI SAIRUS SALIKIN JILID 3... - 18 JUNE UST MAZLAN YUSUF NASIHAT IMAN & AGAMA... - 20 JUNE UST SYED SHAHRIM SYED KHALIM SAIRUS SALIKIN JILID 1... DATANGLAH BERAMAI-RAMAI...SELEPAS SOLAT MAGHRIB ...DI SURAU TMN MELATI - - - SEMUA DI JEMPUT HADIR...

Wednesday 24 June 2009

10 wasiat HASAN AL BANNA


1.Apabila mendengar azan, segeralah bangun sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan kamu sekalipun.
2.Bacalah Al-Quran atau belajar ilmu atau mendengar perkara yang baik atau berzikir. Janganlah membuang masa dalam perkara sia-sia.
3. Berusahalah sedaya-upaya untuk bertutur dengan Bahasa Arab keranaia merupakan satu syiar islam.
4. Janganlah banyak berdebat/berhujah dalam apa perkara pun keranapertengkaran kosong tidak membawa kepada sebarang kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allahitu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh danserius dalam setiap perkara.
7. Jangan bercakap lebih kuat daripada kadar yang dikehendaki oleh si pendengar.
8. Jauhi daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatangkebaikan.
9. Berkenalanlah dengan setiap rakan yang saudara tidak di minta berbuatdemikian kerana asas-asas dakwah kita ialah berkasih sayang danberkenalan.
10. Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu bantulah rakanmu untukmemanfaatkan waktunya dan jika saudara berurusan, maka singkatkanlahmasa perlaksanaannya.

syarat jadi imam


1) ISLAM - tidak sah solat yang diimamkan oleh orang kafir.
2) BERAKAL - tidak sah solat yang diimamkan oleh orang gila. Ini kerana, solat yang dilakukan oleh orang yang disahkan gila tersebut tidak sah. Tetapi jika gila itu bermusim maka solat ketika dia sihat sah tetapi adalah dibenci. Ini kerana dikhuatiri penyakit gilanya itu berulang ketika dia menunaikan solat.
3) BALIGH - tidak sah solat yang diimamkan seseorang mumaiyiz kepada seorang yang baligh di dalam solat wajib dan sunat. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan Ibn Mas’ud, “Janganlah diimamkan solat itu oleh seorang budak sehingga dia baligh.” Ini kerana solat itu adalah dalam keadaan sempurna sedangkan budak atau kanak-kanak itu bukan daripada ahli yang sempurna.Imam Syafie berpendapat, harus orang yang baligh menjadi makmum kepada imam yang belum Mumaiyiz. Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Amr bin Salamah: Aku telah mengimamkan solat di zaman Rasulullah s.a.w sedang aku adalah anak yang baru berumur tujuh tahun. (Riwayat Bukhari)
4) LELAKI - yang sejati sekiranya yang menjadi makmum itu adalah lelaki.Tidak sah solat yang diimamkan oleh seorang perempuan atau khunsa bagi makmum lelaki sama ada solat fardu atau sunat. Sekiranya yang menjadi makmum itu perempuan semata-mata maka tidak disyaratkan lelaki menjadi imam bagi jemaah tersebut.
5) SUCI – bersih daripada hadas dan kekotoran. Tidak sah menjadi imam orang yang berhadas atau orang yang terdapat najis pada badannya, pakaiannya sama ada dia mengetahui hal tersebut atau lupa.
6) QARI - baik bacaannya dan mengetahui rukun-rukunnya.Seseorang imam hendaklah baik bacaannya kerana solat tidak sah melainkan dengan bacaan dan mengetahui rukun-rukun solat. mesti seorang yang fasih al-lisan.Mampu menyebut huruf-huruf di dalam al-Quran dari makhrajnya.Tidak sah seseorang qari menjadi makmum kepada seseorang yang buta huruf (jumhur) dan wajib bagi qari mengulangi solatnya. Seperti mana keadaannya tidak menjadi makmum kepada seseorang yang tidak mampu rukuk, sujud atau tidak boleh duduk ataupun tidak mampu mengadap kiblat.
7) KEADAAN - yang bukan makmum.Tidak sah solat makmum mengikut makmum lain sebagai imam. Mengikut seseorang yang sudah terputus dengan imamnya disebabkan masbuk:i- Al-Hanafiah: tidak harus menjadi seseorang masbuq itu sebagai ikutan kerana dia telah mengikut (makmum). Oleh yang demikian, yang diikut tidak boleh diikuti.ii- Al-Malikiah: tidak harus menjadikan seseorang yang masbuk itu sebagai ikutan kerana dia tadi mengikut (makmum). Namun adapun yang mudrik (tidak sempat rakaat bersama imam boleh diikuti apabila dia bangkit untuk menunaikan solatnya dan hendaklah mudrik yang tidak sempat rakaat tadi berniat menjadi imam. Kerana ketika itu dia sedang solat berseorangan dan tidak thabit hukum makmum.iii- Al-Syafieyyah: terputus ikutan / menurut imam dengan semata-mata keluarnya imam dari solat sama ada dengan memberi salam atau dengan sebab terbatalnya wuduk. Ini kerana terkeluarnya dari ikatan di antara imam dan makmum maka pada ketika itu dia boleh mengikuti orang lain yang ganti imam atau orang lain yang mengikutnya sebagai imam.Kesimpulannya : al-Hanafiah dan Malikiah tidak mengharuskan mengikut seseorang yang asalnya mengikut selepas imam memberi salam, dan harus pada Al-Syafieyyah dan al-Hanabilah. Ini adalah lebih utama.
8) SYARAT KHAS - pada al-Hanafiah dan al-Hanabilah: sihat daripada keuzuran.Tidak lawas ketika buang air, kerap terkentut dan batuk makruh ke atas orang yang mempunyai penyakit-penyakit ini menjadi imam. Sekiranya seseorang yang mempunyai satu keuzuran adalah lebih utama menjadi imam daripada orang yang mempunyai dua keuzuran.Adapun pendapat al-Malikiah tidak mensyaratkan syarat ini tetapi dihukum makruh menjadi imam selagi mana tidak terbatal wuduknya.Begitu juga pendapat bagi Al-Syafieyyah tidak mensyaratkan syarat ini dan sah menjadi imam orang yang mempunyai keuzuran ini dan tidak perlu mengulangi solat tersebut

Friday 19 June 2009


Sesudah meringkuk dipenjara Israel selama tiga tahun,Ketua Parlimen Palestin , Aziz Dweik, dibebaskan oleh pihak militer Israel.
Pengadilan militer membebaskannya, sesudah sebelumnya pengadilan militer memperpanjang penahanan enam bulan lagi.
Isteri Dweik menyampaikan khabar ini kepada pejabat berita Palestin, berkenaan dengan pembebasan suaminya.
Pembebasan Dweik oleh militer Israel, kerana memang tidak ada dasar lagi, apa yang harus digunakan untuk memperpanjang penahanan Aziz Dweik, yang sudah berlangsung selama tiga tahun. Penangkapan yang dilakukan Israel terhadap sejumlah pegawai Palestin (Hamas), memang tidak memiliki dasar alasan yang jelas.
Sementara itu, masih banyak tokoh Hamas dan pegawai maupun anggota legislative Palestin, yang berasal dari Hamas, yang sampai hari ini masih meringkuk di penjarap-penjara Israel. “Saya berharap orang-orang Palestin yang ada dipenjara segera dibebaskan, dan mereka sudah terlalu lama hidup dipenjara”, ujar isteri Dweik.
Nampaknya, Dweik (43) merupakan asset penting bagi Israel, guna menjadi dasar melakukan negosiasi dengan pihak Hamas, terkiat dengan upaya-upaya pembebasan Kopral Gilad Shalid, yang sudah tiga tahun ditangkap dan disekap oleh fihak pejuang Hamas. Sejak pemerintahan Israel di bawah Olmert tidak berhasil membebaskan Shalid, dan pihak Hamas tetap meminta penukaran tawanan untuk membebaskan Kopral Gilad Shalid.
Tapi, pihak Israel tetap menolak tuntutan pihak Hamas.
sumber
Labels:
Posted by MR. SATU UMAT at 12:08 PM

Sunday 14 June 2009

sabar


Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari:
“Milikilah sifat sabar.
Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah.
Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.” (SAIDINA ABU BAKAR)
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 6:43 AM