tafaqquh fidden

11 JUNE UST MOHD LANI SAIRUS SALIKIN JILID 3... - 18 JUNE UST MAZLAN YUSUF NASIHAT IMAN & AGAMA... - 20 JUNE UST SYED SHAHRIM SYED KHALIM SAIRUS SALIKIN JILID 1... DATANGLAH BERAMAI-RAMAI...SELEPAS SOLAT MAGHRIB ...DI SURAU TMN MELATI - - - SEMUA DI JEMPUT HADIR...

Wednesday 24 June 2009

10 wasiat HASAN AL BANNA


1.Apabila mendengar azan, segeralah bangun sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan kamu sekalipun.
2.Bacalah Al-Quran atau belajar ilmu atau mendengar perkara yang baik atau berzikir. Janganlah membuang masa dalam perkara sia-sia.
3. Berusahalah sedaya-upaya untuk bertutur dengan Bahasa Arab keranaia merupakan satu syiar islam.
4. Janganlah banyak berdebat/berhujah dalam apa perkara pun keranapertengkaran kosong tidak membawa kepada sebarang kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allahitu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh danserius dalam setiap perkara.
7. Jangan bercakap lebih kuat daripada kadar yang dikehendaki oleh si pendengar.
8. Jauhi daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatangkebaikan.
9. Berkenalanlah dengan setiap rakan yang saudara tidak di minta berbuatdemikian kerana asas-asas dakwah kita ialah berkasih sayang danberkenalan.
10. Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu bantulah rakanmu untukmemanfaatkan waktunya dan jika saudara berurusan, maka singkatkanlahmasa perlaksanaannya.

No comments:

Post a Comment